Brunei Muara, BSB

Tel : 2221028 / 2222900 / 2223936

Daerah Belait

Tel : 3335057

Daerah Tutong

Tel : 4222963 / 4261128

Daerah Temburong

Tel : 5221694

 

 

Bandar Seri Begawan

 Tel : 2222900 / 2223936

Fax : 2229423

Belait District

 Tel : 3335057

Tutong District

 Tel : 4222963 / 4261128

Temburong District

Tel :  5221694

  

 

Pertandingan B-@ktif

 

Pertandingan B-@ktif  anjuran Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan merupakan satu pertandingan kertas kerja dan perlaksanaan projek dibukakan untuk penyertaan belia di negara ini.

 

Tujuan:

 

·         Untuk menyediakan peluang kepada belia merancang dan melaksanakan sesuatu projek yang bersistematik dan pada masa yang sama belia dapat belajar dan menimba ilmu di dalam pengurusan kegiatan.

 

·         Untuk memberi kebebasan kepada belia dalam menganjurkan dan memilih jenis kegiatan belia mengikut citarasa dan kehendak belia sendiri.

 

·         Untuk menyerapkan ‘sense of ownership’ dalam diri belia dan rasa bertanggungjawab dalam pengendalian projek.

 

·         Untuk memilih projek yang terbaik untuk dipertandingkan dalam anugerah peringkat dalam atau luar negeri.

 

 

Syarat-syarat kumpulan:

 

  i.            Dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

 

ii.            Umur ahli kumpulan hendaklah di antara 15 hingga 25 tahun.

 

iii.            Kumpulan mestilah bersedia memikul tanggungjawab dan risiko selaku Ahli Jawatankuasa semasa pengendalian projek nanti.

 

iv.            Setiap kumpulan yang ikut bertanding hendaklah mempunyai ahli tidak kurang daripada 3 orang dan tidak lebih daripada 9 orang. Walaubagaimanapun, ahli dibolehkan terdiri daripada pemegang kad pengenalan hijau dan tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah ahli kumpulan tersebut.

 

v.            Setiap kumpulan dibolehkan melantik seorang mentor.

 

 

Peraturan kertas kerja:

 

i.       Kertas kerja yang dihadapkan mestilah mengikut format yang disediakan iaitu mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

 

1.      Tajuk

2.      Pendahuluan / Mukadimah

3.      Tujuan

4.      Kumpulan sasaran / syarat penyertaan

5.      Tarikh dan tempat aktiviti dijalankan

6.      Jadual pelaksanaan aktiviti

7.      Tetamu Kehormat (jika ada)

8.      Rangka perbelanjaan

9.      Jawatankuasa pengendali

10.  Borang permohonan

11.  Logistik

 

ii.            Kertas kerja projek yang dipertandingkan hendaklah berunsur kebeliaan; tidak bercanggah dengan Undang-Undang Negara atau anasir negatif dan mempunyai mesej yang bersesuaian dengan hal ehwal kebeliaan di negara ini.

 

iii.          Bagi kategori kertas kerja yang dipertandingkan, setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu daripada kategori di bawah:

1.      Kemasyarakatan

2.      Pendidikan

3.      Alam Sekitar

4.      Keugamaan

5.      Kesukanan / Riadah

6.      Kesedaran / Kesihatan

 

ii.            Kertas kerja boleh dihadapkan samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

 

iii.          Setiap kertas kerja yang dihadapkan hendaklah di dalam format hard copy dan soft copy (disket atau cd).

 

 

Format pertandingan:

 

i.       Fasa I – Penilaian Kertas Kerja

 

Pemilihan awal iaitu penilaian kertas kerja.

 

ii.      Fasa II – Perbentangan Kertas Kerja

 

Kumpulan yang disenaraipendekkan hendaklah membentangkan kertas kerja mengikut gaya atau cara masing-masing dan tidak melebihi daripada 20 minit.

 

Daripada perbentangan ini, 20 kertas kerja yang terbaik akan dipilih untuk ke fasa seterusnya.

 

iii.     Fasa III – Pelaksanaan Kertas Kerja Projek

 

Kumpulan yang terpilih ke fasa ini dikehendaki melaksanakan kertas kerja projek yang dipertandingkan dalam tempoh tiga bulan.

 

Setiap kumpulan akan diberikan maksimum $500.00 untuk perbelanjaan pelaksanaan projek.

 

Penilaian akan merangkumi kepada keberkesanan projek yang dilaksanakan iaitu berjaya mencapai matlamatnya.

 

 

Hadiah Penghargaan:

 

i.       Pemenang Pertama:

Wang tunai $1,500.00, sijil penghargaan dan plak

 

ii.      Pemenang Kedua:        

Wang tunai $1,000.00, sijil penghargaan dan plak

 

iii.          Pemenang Ketiga:        

Wang tunai $750.00, sijil penghargaan dan plak

 

iv.          Saguhati:                       

Wang tunai $300.00, sijil penghargaan dan plak

 

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:

 

Bahagian Belia

Jabatan Belia dan Sukan

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

Tel: 2381903 / 2381904 / 2381905

 

atau

 

Bahagian Belia Cawangan Brunei dan Muara

Bandar Seri Begawan

Tel: 2221028

atau

 

Bahagian Belia Cawangan Tutong

Simpang 95, Bukit Bendera, Tutong

Tel: 4221551 / 4261128

 

atau

 

Bahagian Belia Cawangan Belait

Jalan McKerron, Kuala Belait

Tel: 3334938 / 3333992

 

atau

 

Bahagian Belia Cawangan Temburong

Pekan Bangar, Temburong

Tel: 5221718

 

 

1.       Tarikh tutup menghantar borang dan kertas kerja ialah pada Hari Sabtu,                            26 November 2005 jam 4:30 petang.

2.       Sila sertakan salinan kad pengenalan pintar semua ahli kumpulan.

3.       Keputusan hakim adalah muktamad.

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Perasmian Laman web ini dilancarkan oleh

PEHIN ORANG KAYA DIGADONG SERI LELA DATO SERI PADUKA (DR) HAJI AWANG HUSSAIN BIN PEHIN ORANG KAYA DIGADONG

SERI DIRAJA DATO LAILA UTAMA HAJI AWANG MOHD YUSOF

(Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan)

Pada 12hb Julai 2001  (Khamis)

Bertempat  di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.